Selasa, 28 Mei 2013
26/6/2008 ABAH PERGI TINGGALKAN KAMI...
Isnin, 27 Mei 2013
Mana Mak..
===== Kisah Tauladan =====
serius nagis bila aku baca jalan cerita nie..jadi yang mana ada mak,mama,ibu
whatever la apa you all pangil hargailah pengorbanan kedua ibu bapa kita terlebih lagi ibu yang melahirkan kita...
Mana Mak?
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
============================== =============Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw, ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

==============================
Ahad, 26 Mei 2013
Hatiku Sedih Lagi
Sedih dihatiku ini tiada jalan keluar lagi..
sesaat berlalu aku teringat kisah silam,
seminit yang berlalu aku teringat kisah aku dan dia,
aku rindukan dia
dulu segalanya bersama,
pahit manis kehidupan terus dilalui bersama,
asam garam ditempuh bersama,
namun kini segalanya aku bersendirian..
sebak rasa dihati ini.
terkadang aku terfikir akan mencari pengganti
tetapi siapa yang sama seperti dia..
dia tidak pernah jemu dengan segala karenah aku,
dia selalu mengalah untukku,
dia selalu menemaniku walau apa jua halangannya.
dia tetap menghibur hatiku walaupun dia tahu aku sedang marah.
dia selalu merancang akan sebuah kehidupan.
dia juga menemaniku mencari sesuap nasi
terkadang aku terfikir
waktu-waktu yang aku lalui amat bermakna bersamanya
waktu-waktu yang aku lalui amat bermakna bersamanya
aku tidak akan lupa akan kelembutan hatinya
walaupun luaran agak kasar
disebalik kekasaran dia hati dia tetap lembut untukku.
waktu-waktu yang aku lalui amat bahagia
hanya kerana jiwanya telah terpatri dihatiku
aku tahu banyak silapku dalam mencintai dia
tapi sejujurnya aku akan terus menyayangi dia
aku tidak sabar nak jalan bersamanya kembali.
aku ingin melihat senyuman dia kembali
aku mahukan sentuhan lembutnya dipipiku.
hatiku sedih hanya kerana membiarkan kau pergi
berlalu tanpa aku memberikan apa-apa
aku sedih sangat hingga aku rasa dunia ini sudah berakhir
tapi egoku masih lagi tidak luntur akan perpisahan ini.
Aku Kecewa Lagi..

Aaahh frust betul, Insan bernama lelaki nie lagi buatkan ak kecewa, patut dia selalu mengelak untuk berjumpa denganku !. Aaahhh tension nyer !!!. Itulah kata-kata dari seorang wanita yang begitu kecewa akibat kecurangan seorang lelaki.
Begitulah lumrah bercinta, Jatuh cinta memang mudah, tetapi merawat hati yang duka akibat cinta memang susah dan perit sekali.
Bak kata orang luka ditangan mudah dirawat, luka dihati boleh membawa parah. Berikut tip-tip bagaimana hendak merawat hati yang kecewa akibat putus cinta.
1. Senaraikan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada pada diri anda.
Cuba anda senaraikan kekuatan dan kelemahan yang ada didalam diri. Mesti ada kekuatan yang boleh membawa kepada rasa bahagia, ceria dan menjadikan anda istimewa. Kemungkinan anda masih belum menggunakan kekuatan dan kelebihan secara optimum.
2. Bebaskan diri anda dari ikatan dan lingkaran derita
Andalah orang yang memilih untuk kekal mengikat diri dengan perasaan derita atau memilih untuk membebaskan diri dari perasaan tersebut. Orang lain tidak boleh memaksa untuk anda bahagia atau berduka. Perasaan duka hanya bersifat sementara selok-eloknya jadikan ia sebagai asam-garam dalam kehidupan.
3. Bina harapan yang baru dan positif.
Apa yang telah berlaku akan menjadi sejarah. Tiada siapa yang boleh mengubah sejarah bukan ?. Kekecewaan, kedukaan dan kepedihan yang ditinggalkan oleh sesuatu peristiwa didalam sejarah, hanya patut dijadikan iktibar dan teladan bukannya menjadi batu penghalang untuk mencuba lagi.
4. Menghadapinya tetapi jangan terlalu melayan.
Jika anda mengalami kekecewaan dan kedukaan hadapilah dengan hati yang tenang, bukannya cuba untuk menafikan. Ramai dikalangan kita terutamanya remaja yang tidak sanggup mengharapi dengan meraung didalam bilik sambil merendam air mata, mengabaikan rutin diri, bahkan ada yang sanggup membunuh diri.
Ingat ini ` anda berhak untuk kecewa, anda juga berhak untuk hidup bahagia seperti orang lain'. Semua perkara yang berlaku adalah dengan keizinan Allah jua, sebagai manusia kita redhalah dengan Qada & Qadarnya.
Sebaik-baiknya, sibukkanlah diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti menyertai kelab rakan muda, silat, kompang dan sebagainya.
4.Mendekatkan diri kepada Allah
Jika berlaku anda kecewa atau anda masalah mengadulah kepada pencipta kita iaitu Allah.
Dengan bersolat hajat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
Semoga kita memperolehi hidayah dan petunjuk dariNya. Insallah yang `tumbuh' akan lebih baik dari yang `patah' walaupun tidak serupa.
Nota : Kumbang bukan seekor !!!
Sabtu, 25 Mei 2013
Apa Itu Cinta...
MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI.. KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI.. HAYATI…
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!
” Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Sebenarnya Aku Rindu...
![]() |
Hari ini....tetiba aku teringatkn drimu,,,saat ingin ku pejamkan mata,,,memulakan rehat mata dan jg minda,,,wajahmu menjelma bermain di dlm kepala,,,menerjah segala ruang yg gelap gelita,,tetiba ku terdengar suaramu yg manja,,,memanggil namaku dgn mesra,,, ku cuba pejamkn mata,tekupkan telinga,,agr byg2mu ilank di pandangan,,,mengharap suaramu xkn menjelma,,,sebak hatiku meronta-ronta di jiwa,,,xdpt ku menahan rs rindu yg membara,,,dengan xsengaja,,aku tersedar akn sesuatu,,,air jernihku mengalir di pipi,,,panaz ku rasa laju mencurah ke pipi,, ya allah dh lma aku xmenangis,,,menangis kerna si dia yg dh lma pergi,,,meninggalkn aku terkapai sorang diri,,,berbaloikah air mataku ini,,kerna insan yg x amik peduli,,,bukan ku lemah tanda ku hina,,,kekadang ku rindu wlw ku sudah lupa,,, biarlah sekali ini,ku pohon jgn diulang lg,,,kesedihan yg tak bermakna bagiku,,,aku hrs kuat kernaku wanita,,,sememangnya lemah dlm soal cinta,,,aku percaya hati yg kau sakiti,,,pasti kn terganti dgn hati yg lebey suci,,,menyintaiku bukan kerna simpati,,,tetapi kernaku layak dicintai,,,oleh insan yg bergelar lelaki,,, sumpah aku sampai mati,,,xkn lahir insan sepertinya lagi,,,biarlah dia insan yg terakhir di sisi,yg akn menemani setulus hati,,,pasti aku menyintainya seluas bumi,,,janjiku pada yg sudi !!!! ~nukilan hati,,, cintaku sampai mati,,,sampai menutup mata!!!!akan ku cari wlw sukar ditemui,,,
Jumaat, 24 Mei 2013
Izinkan Aku Jatuh Cinta
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØْÙ…َÙ†ِ اارَّØِيم
Ada
pinta dalam bait kata
Ada
senandung jiwa dalam syair hati
Ada
kerelaan dalam melangitnya asa-cita
Kala cahaya cinta berpendar di taman hati
Rabb…
“Kuingin dia-lah sang belahan jiwa
Tuk menyempurna agama”
Kala mitsaqan ghaliza t’lah mematri kami
Rabb…
Izinkan aku membisikkan kata
“Aku sungguh jatuh cinta padanya”
Kala senyum bahagia kami merekah
Rabb…
Kuharap pinta
“Tumpahkan barakah-Mu atas kami”
Kala ‘kusentuh jemarinya’ nan melembut
Rabb…
“Semoga
kan
menjadi taburan pahala”
Kala bahtera kehidupan terlayari
Rabb….
Kutengadah jemari
“Jadikan kami sepasang cinta
di dunia dan akhirat kami”
Kala bunga cinta kami bersemi-mekar
Rabb…
“Semoga mereka
kan
jadi pelita
Semoga mereka
kan
jadi lentera
Semoga mereka
kan
jadi senyuman bangga
Abi dan ummi-nya di Yaumil hisab kelak”
Rabb…
Izinkan daku jatuh cinta
Kepada nan layak aku cinta
Rabb…
Izinkan daku jatuh cinta
Hanya tuk seseorang
Nan
t’lah teridha - terizini oleh-Mu
``````~~~~~Aamiiin Ya Robbal'alamiin~~~~~`````````
Khamis, 23 Mei 2013
Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Dan Perempuan Perlu Ambil Tahu......
aku dapat forward message dari friendster tentang perkara yang lelaki perlu tahu. Ala baca sekajap je sok dah lupa. Tapi tak adil bagi lelaki, dia perlu tahu kami juga. Aku terus mencari untuk perempuan. Heheh..
Lelaki perlu tahu yang perempuan:
- Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
- Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
- Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
- Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
- Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
- Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
- Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
- Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
- Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
- Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
- Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
- Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
ciri-ciri lelaki dah beristri (perempuan harus tahu)
bg kaum perempuan terutamanya .
, elakkan dari bercinta dgn suami org !
, muke hensem , lagak mcm org bujang , then tetiba korg jth cinta org laki tu .
, ingatlah tak baik merosakkan rumah tgga org lain :)
Ramai gadis ketika ini terperangkap dengan situasi bercinta dengan suami orang. Walau bukan itu yang dimahukan namun kerana lakonan dan permainan lelaki yang cukup mantap, si gadis akhirnya jatuh cinta dan terjerat dengan hubungan sebegini.
Bila status lelaki diketahui, ramai yang merasakan ia sudah terlambat, hati sudah pun terlanjur mencintai dan amat sukar untuk melepaskan dirinya. Akibatnya ada gadis yang sanggup menjadi madu atau mengambil lelaki yang sudah menjadi milik orang lain. Adakah ini kesudahan yang dimahukan oleh anda yang belum berumahtangga?
Jika tidak, panduan berikut mungkin berguna. Langkah pertama untuk mengelak berhadapan dengan situasi ini ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri. Lelaki yang sudah beristeri sebenarnya ada ciri-ciri yang tersendiri. Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuannya agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta.
Selain itu ia penting juga supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.
Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga anda. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.
1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan membuat hubungan mata dengan anda atau memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut-takut. Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya dia akan cuba sedaya upaya mengalih topik perbincangan.
2. Semua panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.
Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.
3. Tidak sepenuhnya kepada anda
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah gelisah dan sekiranya keluar di tempat awam dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.
Jika anda dapat merasakan kegelisahan ini maka dengarkanlah suara hati anda. Selain itu anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.
4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai. Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.
5. Berahsia
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.
6. Beri alasan
Si dia mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda kalau sudah terdesak. Sebagai contoh, si isteri mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah maka jangan haraplah si dia akan masuk ke situ bersama anda walaupun anda mengajaknya berulang kali.
7. Tidak akan keluar pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda pada hari tersebut dan seperti biasa bermacam-macam alasan akan diberikan.
8. Bersikap tenang
Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan mereka akan resah dan bingung. Namun ada lelaki tenang saja, bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan.
9. Anda curiga
Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang maka percayalah pada rasa hati anda itu.
Sekiranya setelah membaca tips ini anda yakin pasangan anda sekarang adalah lelaki beristeri, maka tanyalah terus-terang pada dirinya. Sekiranya dia mengaku dan berjanji akan menceraikan isterinya jangan sesekali mempercayai kata-kata tersebut. Kemungkinan untuk dia melakukan adalah terlalu kecil.
Ahad, 5 Mei 2013
Jika Kau Bukan Milik Aku
Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…
Namun hati ini dah terukir namamu…
Mana mungkin aku mampu hapuskan
Ukiran namamu dihatiku…
Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,
Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…
Aku tak mampu lakukan apa-apa…
Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…
Aku sedar hati aku milikmu….
Tapi hatimu miliknya…
Jangan hantui hidupku lagi dengan
Bayanganmu…kerna hatiku luluh…
Jangan muncul dalam kotak ingatanku…
Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu…
Tapi biarlah…
Daripada aku terus berendam air mata…
Sesuatu yang bukan milikku…
Takkan pernah jadi milikku…
Selamanya…
Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan
Sepertimu…
Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan
Dirimu jadi milikku…
Moga kau bahagia bersamanya…
Selamanya…
Sabtu, 4 Mei 2013
45 Sebab Kenapa Saya Suka Awak hihihi.......
nak tahu kenapa saya sukakan awak
1. awak adalah org yang paling saya sayang.
2. saya nak jaga awak sampai mati macam dalam cerita zain dengan el salina "setia sampai hujung nyawa"
3. awak seorang yang baik.
4. awak boleh mendengar kata.
5. awak kata awak setia.
6. awak buat hidup saya rasa bahagia sangat2...
7. saya selesa dengan cara awak..
8. awak tak pernah ajar saya buat jahat..
9. awak rajin suruh saya solat/sembahyang..
10. saya suka dengar nasihat-nasihat yang awak bagi..
11. awak seorang anak yang baik..
12. awak seorang abang yang bertangungjawab..
13. saya nak awak selalu ada dalam hati saya dan hidup saya..
14. awak tak pernah (selalu iaaakan) atau mengecewakan saya..
15. awak takkan biarkan saya sedih..
16. saya nak tenggok awak bahagia..
17. saya rasa awak bukan jenis macam lelaki kat laur sana too..
18. awak mampu mengubah saya agar menjadi yang lebih baik...
19. awak seorang yang kuat semangat..
20. saya nak selalu buatkan makanan untuk awak dengan bagi awak makan..
21. awak dah bawak saya jalan-jalan..shuke cngat2 masa too..
22. awak suka buat saya tersenyum..
23. saya tak bole hidup tanpa awak rasa sunyi ja..
24. awak berpandangan jauh kedepan..
25. saya nak awak jadi menantu mak saya..
26. awak ada adik perempuan yang bole saya buat kawan hihihi macam la saya tak dak adik....
27. awak kuat makan macam saya..hihihi malu la nk bgtaw tp tak pe untuk awak jugak...
28. saya suka tengaok awak senyum ada lesong pipit...
29. awak suka berterus terang dan kadang kala ada la jugak muhong tue..tp sy ok jew....
30. saya tak suka lelaki yang hipokrit,tp awak tak kan..
31. awak layan saya dengan baik..
32. walaupun saya marah awak tetap cuba amik hati saya semula..
33. awak kata awak bukan kaki perempuan..
34. kawan2 awak cakap awak nie kadang2 sengal ckit tp saya suka...
35. awak sunyi tp saya berusaha untuk curi kesunyian awak btkan awak hapy..
36. awk cakap kt say mak dengan abah awak suka bakal menantu yg bertudung tp saya dah pakai tudung kan hihihi
37. saya rasa awak jodoh saya.kalu la ade rezeki darrinya..
38. saya tak nak tengok awak ada mana-mana perempuan lain yg cuba main2kan perasaan awak..
39. saya nak awak jadi milik saya sorang saja.tak munkin ada org lain selain saya..
40. awak ada apa yang saya tak ada.so saya tumpang kebahagiaan awak..
41. awak dah tarik minat saya untu lihat animasi filem..
42. awak rajin ,mesej saya..
43. saya tak maw sayangkan org lain selain awak jerrrrr..
44. awak suka borak sewel2 pastu dok hegeh2.tp tak pa nk buat cmana dh style cmtue..
45. awak seorang yang sempurna bagi saya dan saya nak awak jadi cinta terakhir dalam hidup saya...
*****TIADA SEBAB YANG DIPERLUKAN UNTUK SAYANGKAN SESEORANG JADI KEIKHLASAN ITU YANG PALING PENTING DALAM MENJAMIN PERHUBUNGAN YANG SEMPURNA****
Langgan:
Catatan (Atom)