Jumaat, 30 Ogos 2013

SAHABATKU

Sahabat Ku.
Marilah mengembara bersamaku,
Melalui lorong-lorong hidup manusia,
Pelbagai onak dan ranjau akan kita tempuhi,
Mencari keberkatan dan kebahagiaan.

Lihatlah sahabatku..
Sesungguhnya pada penciptaan manusia,
Tidak dijanjikan kesenangan sepanjang kembara,
Namun akan diiringi setiap langkah,
Keberkatan dan kebahagiaan.
Ingatlah sahabatku..
Tidak semua yang kita harapkan di dunia ini akan kita peroleh..
Jua bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dengan sekelip mata..
Perlukn usaha dan pengorbanan yang tiada sudah..
Namun hasilnya ada pada ketentuanNya..

Sahabat..
Betapa singkatnya perjalanan kita,
Saban hari tak terlepas melakukan salah,
Bertuahnya kita sebagai hamba,
Walaupun cuma setitik airmata penyesalan,
Namun pintu taubat sentiasa terbuka.

Sahabat dan juga teman,
Andai kata ini pertemuan terakhir kita disini,
Maafkan lah diri ku ini,
Bersahabat dengan kalian semua,
Adalah satu kurniaan kepada diri ini.


Kerana itu sahabatku,
Ruang waktu ini ku bawa dirimu bersama,
Akan kita saling bertemu dalam redhaNya,
Menuju syurga yang kekal bahagia,
Abadi buat selama-lamanya.

Jumaat, 14 Jun 2013

Berikan Aku Kekuatan

Ya Al-Aziz..........
Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu...
Agar Tidak Ada Lagi Yang Dapat
Menawanku Selain Engkau...

Ya Ar-Rahim..........
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu

Ya Robbi..........
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit
Yang Tidak Menemukan Muaranya
Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai
Muara Pertemuanku Dengan-Mu...

Ya Ilahi..........
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Sentiasa Kurasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu...

Ya Allah..........
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan
Yang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Kupersembahkan Sesuatu Untuk-Mu

Ya Robbul Izzati..........
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta KepadaMu
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan Dari-Mu...

Ya Ar-Rahim…….
Berikan Alas Kaki Buat Hamba
Agar Jalan Yang Kutapaki Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing
Dan Duri Yang Tajam...
Hamba Sedar Semua Ini Milikmu
Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki
Semuanya Akan Kembali Jua KepadaMu
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu...

Kasihilah diri ini
Sebagaimana Engkau mengasihi hamba-hamba-Mu
Yang Tulus Ikhlas Setia Menyintai-Mu
Ilahi Robbi....

Jumaat, 7 Jun 2013

Terlalu Geram

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Hari ini adalah hari paling marah aku pada individu yang bodoh dan tidak punyai akal untuk berfikir,Manusia ni memang tak lepas dari melakukan kesalahan tapi kita manusia ni perlu peka dan perlu ada sikap untuk memperbaiki kesalahan itu adalah penting dalam diri....FACEBOOK adalah ruang dan laman sosial untuk kita berinteraksi dalam mengukuhkan ukuah persaudaraan dan perkauman ikatan tak kira bangsa dan agama...Tapi laman facebook bukan untuk individu suka hati nak mengutok,mengkritik,menghina serta berbagai-bagai pemasalahan yang boleh mendatangkan kemarahan pada individu lain.

Setiap orang / individu bebas nak update ape yang perlu di update setiap hari status mereka masing-masing,tapi ada yang segelintir masyarakat yang kolot akal cetek pemikiran nie yang buatkan sesetengah pihak kurang selesa dengan sikap individu yang tak reti bahasa dan tak tahu nak menilai baik buruk sesetengah pihak juga.


Bagi aku tak kisahlah korang nak update status apa,nak upload gambar apapun itu hak masing-masing tapi kurang keselesaan sikap suka menghina,mengkritik,mengomen kat status individu lain dengan rasa yang kurang keselesaan ade sentengah yang membuatkan aku sendiri pon tak boleh menerima...individu nie bila dikata akal tak ade tapi pernah bersekolah,bila kata tak di beri pelajaran cakap mak bapak hantaq belajaq sampai tinggi,tapi bila nak mengomen status org lain tak plak pkiaq baik buruk sesetengah pihak,

Haiiii tue la,aku nie bukan la baik sangat kadang-kadang tue ada la jugak komen tapi masih boleh pkiaq hati org lain...tak dak la nak mengomen status org lain sampai tak fikir luar dalam,perkataan yang tak sepatutnya nk mention dalam facebook ni so agak2 la kan....bukan susah pun kalau korang jaga adap nak mengomen bukan susah macam nak kena panjat pokok nyok pun...BODOH ..

Aku paling tak suka dan rasa tak puas hati bila ada setengah dan segelintir yang nak mencelah komen at status aku.. org kalu masuk tu beri salam satu hal juga nie tak main sondol ja,kalau nak mengomen perempuan sama-sama perempuan whatever la tak kisah sebab kami nie dah tahu dan bole memahami apa pon yg nak dikomen,nie laki bila mnegomen status perempuan bahasa yang tak sepatutnya nak keluarkan tak patut la sebab aku nie bukan style yang jenis apa yang hang pa pikirkan sampai luar dalam ni dah lebeh2 pulak,aku nie memang tak bole sabaq individu macam nie bila buat baik melampau la pulak suka hati nak komen ikot pala hotak hang pa ja..pikiaq bia komen kt status perkataan yang kurang menyenangkan dan apa tangapan orang lain pulak so akai ada tolong la weyyy pikiaq sikit.....


Bila diberi kebebasan so guna lah dengan baik dan berkesan bukan suka-suka nak menghina,mengutok orang lain,mengomen status orang dengan pala lutut allah jadi kan otak suh pikiaq bukan guna untuk perkara yang mendatangkan kemarahan sesetengah orang...


Ikutkan hati sememangnya memang aku marah betoi-betoi golongan nie memang tak layak jadi kawan dan rakan laman facebook aku sebab anda adalah golongan pra-matang dan cetek akal...tak layak jadi kawan dan rakan aku nasihat aku sesiapa yang rasa diri dan individu yang berkenaan sila unfriend aku sebelum aku yang lakukan demikian ok....Orang nak guna facebook hang pa pon nak guna tapi reti ka guna...kalau ada otak pkiaq ok cara nak guna FACEBOOK dengan cara yang betol..buka setakat ada facebook dok mention perkara yang mengaibkan diri org lain serta mendatangkan marah kepada org lain so plizzz la weyyy.....serius weyy aku marah kalau sapa yang lepas nie aku tak layan tue sendiri mau ingat la nho..haaaaaaaaaaaaaaaa baru puas lepaih geram aku kat sini tidak dok bagi muka kat hang pa lagi hang pa dok meqapu,laa nie nk komen kt status aku pkiaq dulooo tak suruh pon hang pa LIKE  ka nak COMMENT tapi pkiaq dulo wokeyyy..dah la aku nak cauuu ci cawwwww dulo satg dok beletiaq jenoh hang pa dok denganq silap2 melelih ayaq mata hag pa dok baca luahan marah aku nie..k baibyy....



BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN..BERFIKIR SECARA RASIONAL .. MENILAI ORANG DENGAN PENUH YAKIN DIRI BARU SELAMAT...






Selasa, 4 Jun 2013

CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN





Assalammualaikum,,,


Hai semua kat sini aku tertanya-tanya pada diri aku apa itu bahagia dan apa itu kesedihan.apa itu kecantikan dan apa itu keburukkan,apa itu SUKA dan apa itu TIDAK SUKA..manusia kini lebih memandang dari segala jenis aspek tak kira la perempuan mahu pun lelaki,bagiku sama sahaja cuma perbezaan segelintir manusia saja yg begitu.Dari segi aspek dan fizik perbezaan sikap dan pendapat..Bagiku kegagalan adalah lumrah hidup manusia yang baru nak mengenal dunia, ibarat bayi yang baru boleh merangkak, begitu juga CINTA,cinta ini terbahagi kepada banyak aspek..tapi kita manusia juga la yang buatkan cinta itu BUTA dan cinta itu juga lah buat kita lupa pada hakiki duniawi..Ok manusia berpegang pada cinta.Cinta pada PASANGAN,Cinta pada Mak Ayah,Cinta kepada ALLAH S.WT.

Tapi manusia kini menyalah ertikan apa itu CINTA..bagi aku cinta pertama of course ALLAH SWT kedua pada mak abah ketiga keluarga,dan keempat pada pasangan aku sebab aku niew belom kawen lagi orang kata boperen laa...senang crita.

Tapi yang sedihnya antara 1,2,3 aku dh pass tapi yang ke4 tue sering buat aku semakin risau dan semakin perit untuk mendekati insan yang bernama pasangan/boyfriend ini.Semakin aku mendekati insan ini semakin aku mendapat kegagalan untuk meneruskan hubungan CINTA PADA PASANGAN / COUPLE / BOYFRIENDS...hmmmmmmm penatkan nak mencari cinta yang sebenar dan boleh memahami kita niew..

Erti dalam istilah mencuba sering aku tanamkan pada diri aku yang kadang2 aku rasa bahawa cinta itu maybe tak akan kekal dan bertahan lama.tp bagiku cukup setakat membuat diriku bahagia sekejap pun dah memadai bagi diri aku yang lonly dan sering terfikir kesunyian takala sepi ketika setiap couple yang mesra kat luar sana sedangkan aku yang dalm kesunyian tak ade siapa nak kongsi ketika cerita sedih,gembira dan duka...aku...

Sebelum ni bukan aku tak pernah berkawan dengan mana2 lelaki tapi jodoh tak ada 5 tahun berkawan kalau dah tuhan tentukan bukan jodoh aku tak kan juga cinta pertama berakhir dengan perkhawinan dia dengan gadis pilihan dia,perasaan menyesal dan rasa buang masa tu timbul berkawan hampir 5 tahun tiba2 tak jadi dengan dia,rasa hati kecewa sangat2 bila org yang kita sayang tiba2 nak berkhawin dengan org lain,hati sapa tak sakit nak melihat dan nak menagung penderitaan sewaktu aku dan dia berpisah...Tapi dengan keredhaan yang ada hati yang cekal aku berusaha memulihkan hati aku ketika tue seberat mana aku menanggung derita pada dia,dia takkan boleh lagi menjadi hak aku seperti dulu......betulkan..masa itu bole merubah segalanya.KITA HANYA MERANGCANG ALLAH YANG MENENTUKAN..

Sehingga sekarang kata-kata hikmah ini berpegang pada diriku sejak itu...

""Bila orang dah tak suka, jangan merayu-rayu suruh dia terima kita lagi. Lupakan dia. Mungkin Allah dah sediakan seseorang yang lebih baik...daripada dia,itulah lumrah manusia dan kejadian yang dicipta sebaik-baik pemikiran manusia.""

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.Bergitu la cinta juga....kegagalan itu buat kan aku sering patah hati dan bagkit semula dengan keredhaan dan kecekalan yang mengabil masa untuk kembali pulih.

Selepas kegagalan yang pertama aku mengenali insan yang cukup dan membuat diriku merasa bahagia disaat merindui dalam kerinduan yang sekian lama sepi dilubuk hati ini muncul insan yang bole membuat diri aku sangat bahagia lalu kami berkawan asal mengenali di facebook lalu diberi no fone lantas ber wechat kenali di whatssap berhubung di vedio call.itu lah permulaan hubungan aku yang sangat bahagia..betul lah orang kata bila dah lama seorang diri tanpa insan yang kita sayang tiba2 datng dan medampingi dan mendekati diri mesti la sayang gila.rasa macm diri ini cukup ada dia saja...

Hubungan masa tu berbau manis dan harum la bagai sedang bercinta katakan indah ja rasa hampir 4 bulan perkenalan kami gelak senyum tawa gembira kami setiap hari di vedeo call tak lama kami berpisah kerana ada manusia yang busuk hati merenggangkan hubungan kami sehingga la sekarang tanpa berhubung antara satu sama lain..Tapi aku tak kisah walupun hati kecewa sedih terasa tak sama sewaktu ak ditinggal oleh insan pertama yg aku kenali dulu walaupun pedih ku tanggung perit kulalui,pahit manis kenangan ku telan,ini kan pula hubungan yang baru 4 bulan..nak merasai bahagia walaupun yg aku tahu dia tak pernah pun suka pada aku tapi aku bahagia sebab dia melayan kerenahku ak sama macam pasangan yang sedang bercinta,tak kisah la aku berterima kasih kerana dia sudi menumpangkan kasih dia pada aku selama 4 bulan perkenalan kami...

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Aku tabah kan hati untuk meneruskan dan membiarkan diri untuk di cintai bukan untuk dikianati ketabahan hati cukup untuk merubati hati ini walupun cukup untuk merasai diri ini dikecewakan..bak kata pepatah,

" Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya."

Ia mengambil masa untuk menerima insan lain cukup la sekadar berkawan ketika ini,hussssssss panjang lebarnya cerita cinta aku yang tak kesampaian tue.tapi hope2 la jika ada insan yang mencinta you all dengan ikhlas..sedih pun tak larat nak sedih berusaha sudah untuk mencintai insan tapi kalu allah swt dah kata bukan jodoh kita lagi dan seru belum tiba kita hanya mampu berusaha dan terus berusaha untuk mencari insan untuk dicintai....ushhhhhhh penatla cerita kisah aku nie yang tak de bajet nie.hihiihii sorry la sekadar luahan hati terguris saje tak dak apa kalu hang pa bosan tak payah la baca...pesan aku ""should live in love not to be hurt ok"" pwehhh cakap owng puteh gtue..hahaaha tak pa la apa pun aku berusaha untuk yang terbaik buat diri aku tapi dah org tak suka dan bukan calon pilihan aku patut la terima,,cukup la dah bertepuk sebelah tanggan tak 
bunyi satgi aku amik kompang jenoh plak kot..hihihiihi tak pa la takat ni ja la kisah kongsi aku kat hang pa nati ada masa aku jengok lagi kat sini...k la mata berat dah nie nak tidoq selamat malam semua....bye.....

by me:: ROHAYU BINTI MOHD YAACOB

Selasa, 28 Mei 2013

26/6/2008 ABAH PERGI TINGGALKAN KAMI...

SALAM SAYANG BUAT ARWAH ABAH...Dengan izin dan limpah darinya buatmu insan yang palingku sayang arwah abah tercinta,walupun permergian hampir 5 tahun meninggalkan kami sekeluarga tapi abah masih lagi di ingatan kami semua tanpa kami melupakan abah walaupun sedetik.ABAH kami semua sayang pada abah,tapi allah s.w.t lebih menyangi abah dan kembali mengadap ilahi meninggalkan kami semua..ABAH kami semua sayangkan abah seandainya abah masih bersama kami ketika ini alangkah bahagianya kami semua..ABAH kami semua disini mendoakan arwah abah di sana semoga di cucuri rahmat dan keberkatan yang maha esa buatmu abah...SALAM SAYANG RINDU YANG TERAMAT DARI AHLI KELUARGA MOHD YAACOB BIN MOHD ISA...AL- FATIHAH......

Isnin, 27 Mei 2013

Mana Mak..

===== Kisah Tauladan ===== 

serius nagis bila aku baca jalan cerita nie..jadi yang mana ada mak,mama,ibu
whatever la apa you all pangil hargailah pengorbanan kedua ibu bapa kita terlebih lagi ibu yang melahirkan kita...

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

===========================================Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw, ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?




Ahad, 26 Mei 2013

Hatiku Sedih Lagi



Sedih dihatiku ini tiada jalan keluar lagi..
sesaat berlalu aku teringat kisah silam,
seminit yang berlalu aku teringat kisah aku dan dia,
aku rindukan dia
dulu segalanya bersama,
pahit manis kehidupan terus dilalui bersama,
asam garam ditempuh bersama,
namun kini segalanya aku bersendirian..
sebak rasa dihati ini.

terkadang aku terfikir akan mencari pengganti
tetapi siapa yang sama seperti dia..
dia tidak pernah jemu dengan segala karenah aku,
dia selalu mengalah untukku,
dia selalu menemaniku walau apa jua halangannya.
dia tetap menghibur hatiku walaupun dia tahu aku sedang marah.
dia selalu merancang akan sebuah kehidupan.
dia juga menemaniku mencari sesuap nasi

terkadang aku terfikir
waktu-waktu yang aku lalui amat bermakna bersamanya
aku tidak akan lupa akan kelembutan hatinya
walaupun luaran agak kasar
disebalik kekasaran dia hati dia tetap lembut untukku.
waktu-waktu yang aku lalui amat bahagia
hanya kerana jiwanya telah terpatri dihatiku

aku tahu banyak silapku dalam mencintai dia
tapi sejujurnya aku akan terus menyayangi dia
aku tidak sabar nak jalan bersamanya kembali.
aku ingin melihat senyuman dia kembali
aku mahukan sentuhan lembutnya dipipiku.

hatiku sedih hanya kerana membiarkan kau pergi
berlalu tanpa aku memberikan apa-apa
aku sedih sangat hingga aku rasa dunia ini sudah berakhir
tapi egoku masih lagi tidak luntur akan perpisahan ini.

Aku Kecewa Lagi..


Aaahh frust betul, Insan bernama lelaki nie lagi buatkan ak kecewa, patut dia selalu mengelak untuk berjumpa denganku !. Aaahhh tension nyer !!!. Itulah  kata-kata dari seorang wanita yang begitu kecewa akibat kecurangan seorang lelaki. 

Begitulah lumrah bercinta, Jatuh cinta memang mudah, tetapi merawat hati yang duka akibat cinta memang susah dan perit sekali. 

Bak kata  orang luka ditangan mudah dirawat, luka dihati boleh membawa parah. Berikut tip-tip bagaimana hendak merawat hati yang kecewa akibat putus cinta.


1.  Senaraikan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada pada diri anda.
Cuba anda senaraikan kekuatan dan kelemahan yang ada didalam diri. Mesti ada kekuatan yang boleh membawa kepada rasa bahagia, ceria dan menjadikan anda istimewa. Kemungkinan anda masih belum menggunakan kekuatan dan kelebihan secara optimum.
 
2. Bebaskan diri anda dari ikatan dan lingkaran derita
Andalah orang yang memilih untuk kekal mengikat diri dengan perasaan derita atau memilih untuk membebaskan diri dari perasaan tersebut.  Orang lain tidak boleh memaksa untuk anda bahagia atau berduka.  Perasaan duka hanya bersifat sementara selok-eloknya jadikan ia sebagai asam-garam dalam kehidupan.  


3. Bina harapan yang baru dan positif.
Apa yang telah berlaku akan menjadi sejarah.  Tiada siapa yang boleh mengubah sejarah bukan ?. Kekecewaan, kedukaan dan kepedihan yang ditinggalkan oleh sesuatu peristiwa didalam  sejarah, hanya patut dijadikan iktibar dan teladan bukannya menjadi batu penghalang  untuk mencuba lagi. 
 

 4. Menghadapinya tetapi jangan terlalu melayan.
Jika anda mengalami kekecewaan dan kedukaan hadapilah dengan hati yang tenang, bukannya cuba untuk menafikan. Ramai dikalangan kita terutamanya remaja yang tidak sanggup mengharapi dengan meraung didalam bilik sambil merendam air mata,  mengabaikan rutin diri, bahkan ada yang sanggup membunuh diri. 


Ingat ini ` anda berhak untuk kecewa, anda juga berhak untuk hidup bahagia seperti orang lain'.  Semua perkara yang berlaku adalah dengan keizinan Allah jua, sebagai manusia kita redhalah dengan Qada & Qadarnya.


Sebaik-baiknya,  sibukkanlah diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti menyertai kelab rakan muda, silat, kompang dan sebagainya.


 4.Mendekatkan diri kepada Allah 
Jika berlaku anda kecewa atau anda masalah mengadulah kepada pencipta kita iaitu Allah.
Dengan bersolat hajat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya. 

Semoga kita memperolehi hidayah dan petunjuk dariNya. Insallah yang `tumbuh' akan lebih baik dari yang `patah' walaupun tidak serupa.

Nota :  Kumbang bukan seekor !!!