Assalammualaikum,,,
.jpg)
Hai semua kat sini aku tertanya-tanya pada diri aku apa itu bahagia dan apa itu kesedihan.apa itu kecantikan dan apa itu keburukkan,apa itu SUKA dan apa itu TIDAK SUKA..manusia kini lebih memandang dari segala jenis aspek tak kira la perempuan mahu pun lelaki,bagiku sama sahaja cuma perbezaan segelintir manusia saja yg begitu.Dari segi aspek dan fizik perbezaan sikap dan pendapat..Bagiku kegagalan adalah lumrah hidup manusia yang baru nak mengenal dunia, ibarat bayi yang baru boleh merangkak, begitu juga CINTA,cinta ini terbahagi kepada banyak aspek..tapi kita manusia juga la yang buatkan cinta itu BUTA dan cinta itu juga lah buat kita lupa pada hakiki duniawi..Ok manusia berpegang pada cinta.Cinta pada PASANGAN,Cinta pada Mak Ayah,Cinta kepada ALLAH S.WT.
Tapi manusia kini menyalah ertikan apa itu CINTA..bagi aku cinta pertama of course ALLAH SWT kedua pada mak abah ketiga keluarga,dan keempat pada pasangan aku sebab aku niew belom kawen lagi orang kata boperen laa...senang crita.
Tapi yang sedihnya antara 1,2,3 aku dh pass tapi yang ke4 tue sering buat aku semakin risau dan semakin perit untuk mendekati insan yang bernama pasangan/boyfriend ini.Semakin aku mendekati insan ini semakin aku mendapat kegagalan untuk meneruskan hubungan CINTA PADA PASANGAN / COUPLE / BOYFRIENDS...hmmmmmmm penatkan nak mencari cinta yang sebenar dan boleh memahami kita niew..
Erti dalam istilah mencuba sering aku tanamkan pada diri aku yang kadang2 aku rasa bahawa cinta itu maybe tak akan kekal dan bertahan lama.tp bagiku cukup setakat membuat diriku bahagia sekejap pun dah memadai bagi diri aku yang lonly dan sering terfikir kesunyian takala sepi ketika setiap couple yang mesra kat luar sana sedangkan aku yang dalm kesunyian tak ade siapa nak kongsi ketika cerita sedih,gembira dan duka...aku...
Sebelum ni bukan aku tak pernah berkawan dengan mana2 lelaki tapi jodoh tak ada 5 tahun berkawan kalau dah tuhan tentukan bukan jodoh aku tak kan juga cinta pertama berakhir dengan perkhawinan dia dengan gadis pilihan dia,perasaan menyesal dan rasa buang masa tu timbul berkawan hampir 5 tahun tiba2 tak jadi dengan dia,rasa hati kecewa sangat2 bila org yang kita sayang tiba2 nak berkhawin dengan org lain,hati sapa tak sakit nak melihat dan nak menagung penderitaan sewaktu aku dan dia berpisah...Tapi dengan keredhaan yang ada hati yang cekal aku berusaha memulihkan hati aku ketika tue seberat mana aku menanggung derita pada dia,dia takkan boleh lagi menjadi hak aku seperti dulu......betulkan..masa itu bole merubah segalanya.KITA HANYA MERANGCANG ALLAH YANG MENENTUKAN..
Sehingga sekarang kata-kata hikmah ini berpegang pada diriku sejak itu...
""Bila orang dah tak suka, jangan merayu-rayu suruh dia terima kita lagi. Lupakan dia. Mungkin Allah dah sediakan seseorang yang lebih baik...daripada dia,itulah lumrah manusia dan kejadian yang dicipta sebaik-baik pemikiran manusia.""
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.Bergitu la cinta juga....kegagalan itu buat kan aku sering patah hati dan bagkit semula dengan keredhaan dan kecekalan yang mengabil masa untuk kembali pulih.
Selepas kegagalan yang pertama aku mengenali insan yang cukup dan membuat diriku merasa bahagia disaat merindui dalam kerinduan yang sekian lama sepi dilubuk hati ini muncul insan yang bole membuat diri aku sangat bahagia lalu kami berkawan asal mengenali di facebook lalu diberi no fone lantas ber wechat kenali di whatssap berhubung di vedio call.itu lah permulaan hubungan aku yang sangat bahagia..betul lah orang kata bila dah lama seorang diri tanpa insan yang kita sayang tiba2 datng dan medampingi dan mendekati diri mesti la sayang gila.rasa macm diri ini cukup ada dia saja...
Hubungan masa tu berbau manis dan harum la bagai sedang bercinta katakan indah ja rasa hampir 4 bulan perkenalan kami gelak senyum tawa gembira kami setiap hari di vedeo call tak lama kami berpisah kerana ada manusia yang busuk hati merenggangkan hubungan kami sehingga la sekarang tanpa berhubung antara satu sama lain..Tapi aku tak kisah walupun hati kecewa sedih terasa tak sama sewaktu ak ditinggal oleh insan pertama yg aku kenali dulu walaupun pedih ku tanggung perit kulalui,pahit manis kenangan ku telan,ini kan pula hubungan yang baru 4 bulan..nak merasai bahagia walaupun yg aku tahu dia tak pernah pun suka pada aku tapi aku bahagia sebab dia melayan kerenahku ak sama macam pasangan yang sedang bercinta,tak kisah la aku berterima kasih kerana dia sudi menumpangkan kasih dia pada aku selama 4 bulan perkenalan kami...
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Aku tabah kan hati untuk meneruskan dan membiarkan diri untuk di cintai bukan untuk dikianati ketabahan hati cukup untuk merubati hati ini walupun cukup untuk merasai diri ini dikecewakan..bak kata pepatah,
" Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya."
Ia mengambil masa untuk menerima insan lain cukup la sekadar berkawan ketika ini,hussssssss panjang lebarnya cerita cinta aku yang tak kesampaian tue.tapi hope2 la jika ada insan yang mencinta you all dengan ikhlas..sedih pun tak larat nak sedih berusaha sudah untuk mencintai insan tapi kalu allah swt dah kata bukan jodoh kita lagi dan seru belum tiba kita hanya mampu berusaha dan terus berusaha untuk mencari insan untuk dicintai....ushhhhhhh penatla cerita kisah aku nie yang tak de bajet nie.hihiihii sorry la sekadar luahan hati terguris saje tak dak apa kalu hang pa bosan tak payah la baca...pesan aku ""should live in love not to be hurt ok"" pwehhh cakap owng puteh gtue..hahaaha tak pa la apa pun aku berusaha untuk yang terbaik buat diri aku tapi dah org tak suka dan bukan calon pilihan aku patut la terima,,cukup la dah bertepuk sebelah tanggan tak
bunyi satgi aku amik kompang jenoh plak kot..hihihiihi tak pa la takat ni ja la kisah kongsi aku kat hang pa nati ada masa aku jengok lagi kat sini...k la mata berat dah nie nak tidoq selamat malam semua....bye.....
by me:: ROHAYU BINTI MOHD YAACOB