Sahabat Ku.
Marilah mengembara bersamaku,
Melalui lorong-lorong hidup manusia,
Pelbagai onak dan ranjau akan kita tempuhi,
Mencari keberkatan dan kebahagiaan.
Lihatlah sahabatku..
Sesungguhnya pada penciptaan manusia,
Tidak dijanjikan kesenangan sepanjang kembara,
Namun akan diiringi setiap langkah,
Keberkatan dan kebahagiaan.
Ingatlah sahabatku..
Tidak semua yang kita harapkan di dunia ini akan kita peroleh..
Jua bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dengan sekelip mata..
Perlukn usaha dan pengorbanan yang tiada sudah..
Namun hasilnya ada pada ketentuanNya..
Sahabat..
Betapa singkatnya perjalanan kita,
Saban hari tak terlepas melakukan salah,
Bertuahnya kita sebagai hamba,
Walaupun cuma setitik airmata penyesalan,
Namun pintu taubat sentiasa terbuka.
Sahabat dan juga teman,
Andai kata ini pertemuan terakhir kita disini,
Maafkan lah diri ku ini,
Bersahabat dengan kalian semua,
Adalah satu kurniaan kepada diri ini.
Kerana itu sahabatku,
Ruang waktu ini ku bawa dirimu bersama,
Akan kita saling bertemu dalam redhaNya,
Menuju syurga yang kekal bahagia,
Abadi buat selama-lamanya.